Wednesday, August 10, 2011

GURU

SIFAT-SIFAT GURU YANG TERPUJI

1) ZUHUD – iaitu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran bukan kerana balasan
kebendaan atau penghormatan masyarakat tetapi kerana mencari keredhaan ALLAH.

2) KEBERSIHAN DIRI – iaitu bersih jiwanya daripada segala kekotoran adat dan syarak,
berperibadi tinggi serta tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan lain-lain.

3) ADA KEHEBATAN DAN KEHORMATAN DIRI – iaitu mempunyai sifat rendah diri,
serta pandai melayani orang lain dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri
dalam suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sebagai seorang guru, sama ada dari segi pakaian , perbuatan atau percakapan

4) BERSIFAT KEBAPAAN ATAU KEIBUAN – iaitu mempunyai perasaan kasih kepada
setiap anak didiknya sebagaimana ia mengasihi anaknya sendiri.

5) MEMAHAMI TABIAT MURIDNYA – iaitu memahami dengan jelas latar belakang dan
kemampuan muridnya supaya guru dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian.

6) BERSIFAT CEMERLANG – Sentiasa gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Perlu sentiasa menunjukkan kebolehan dan kemampuan sebagai seorang
pemimpin untuk mengarah dan mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran sepanjang
masa.

7) TEGAS TETAPI DIHORMATI DAN ADIL – Tidak panas baran, pendendam, merungut
atau memerli.

GURU YANG EFEKTIFF MENURUT IMAM GHAZALI

1) Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri.

2) Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.

3) Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut.

4) Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.

5) Tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid-muridnya.

6) Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.

7) Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.


SIFAT- SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK

1) Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar.

2) Tidak membantu kerja-kerja sekolah dan tidak menerangkan pelajaran dan tugasan dengan
jelas serta bekerja tanpa perancangan.

3) Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu.

4) Sombong, angkuh dan susah menerima pandangan orang lain.

5) Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa dan bersifat terlalu tegas.

6) Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid, memalukan murid di hadapan teman
sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran.

7) Tidak adil dalam pemberian markah ujian dan peperiksaan.

8) Tidak berminat mengenali latar belakang murid.

9) Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.

p/s: Bagaimanakah sikap kita menjadi seorang guru... sejauh manakah keikhlasan kita dalam mendidik pelajar... adakah hanya sekadar untuk mendapat gaji di hujung bulan... sama-sama kita renung2kan... =)

0 comments: