Wednesday, December 14, 2011

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA'

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!" 

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya." 

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.  

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian." 

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu. Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?" Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. 

Semoga kisah ini menjadi pedoman buat kita sebagai umat islam.


Read more...

Monday, December 12, 2011

Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

BULAN

TARIKH
PEMBAYARAN

HARI

CATATAN

Januari

16 Januari 2012

Isnin

Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012

Februari

23 Februari 2012

Khamis


Mac

22 Mac 2012

Khamis


April

25 April 2012

Rabu


Mei

23 Mei 2012

Rabu

Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012

Jun

25 Jun 2012

Isnin

Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012

Julai

25 Julai 2012

Rabu


Ogos

13 Ogos 2012

Isnin

Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012

September

25 September 2012

Selasa


Oktober

22 Oktober 2012

Isnin

Hari Raya Haji 26 Oktober 2012

November

6 November 2012

Selasa

Deepavali13 November 2012

Disember

18 Disember 2012

Selasa

Hari Krismas 25 Disember 2012



Pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini anda boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Read more...

Sifir Gaji Guru Bermula Januari 2012




Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Pekeliling Perkhidmatan Bil.13/2011


Read more...

Thursday, August 11, 2011

ALLAH KNOWS

When you are tired and discouraged from fruitless efforts...
ALLAH knows how hard you have tried.

When you've cried so long and your heart is in anguish...
ALLAH has counted your tears.

If you feel that your life is on hold and time has passed you by...
ALLAH is waiting with you.

When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call...
ALLAH is by your side.

When you think you've tried everything and don't know where to turn...
ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you are confused or frustrated...
ALLAH has the answer.

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope...
ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have much to be thankful for...
ALLAH has blessed you.

When something joyful happens and you are filled with awe...
ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow...
ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing...
ALLAH KNOWS!!


Read more...

MATHS IS EASY

Secret of Fast Math
(Learn how to calculate faster than the speeding calculator)

Secret Trick : Math Division Long




Body Part Maths



Fast Maths Trick of Calculation










Read more...

Wednesday, August 10, 2011

GURU

SIFAT-SIFAT GURU YANG TERPUJI

1) ZUHUD – iaitu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran bukan kerana balasan
kebendaan atau penghormatan masyarakat tetapi kerana mencari keredhaan ALLAH.

2) KEBERSIHAN DIRI – iaitu bersih jiwanya daripada segala kekotoran adat dan syarak,
berperibadi tinggi serta tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan lain-lain.

3) ADA KEHEBATAN DAN KEHORMATAN DIRI – iaitu mempunyai sifat rendah diri,
serta pandai melayani orang lain dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri
dalam suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sebagai seorang guru, sama ada dari segi pakaian , perbuatan atau percakapan

4) BERSIFAT KEBAPAAN ATAU KEIBUAN – iaitu mempunyai perasaan kasih kepada
setiap anak didiknya sebagaimana ia mengasihi anaknya sendiri.

5) MEMAHAMI TABIAT MURIDNYA – iaitu memahami dengan jelas latar belakang dan
kemampuan muridnya supaya guru dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian.

6) BERSIFAT CEMERLANG – Sentiasa gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Perlu sentiasa menunjukkan kebolehan dan kemampuan sebagai seorang
pemimpin untuk mengarah dan mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran sepanjang
masa.

7) TEGAS TETAPI DIHORMATI DAN ADIL – Tidak panas baran, pendendam, merungut
atau memerli.

GURU YANG EFEKTIFF MENURUT IMAM GHAZALI

1) Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri.

2) Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.

3) Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut.

4) Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka.

5) Tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid-muridnya.

6) Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.

7) Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.


SIFAT- SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK

1) Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar.

2) Tidak membantu kerja-kerja sekolah dan tidak menerangkan pelajaran dan tugasan dengan
jelas serta bekerja tanpa perancangan.

3) Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu.

4) Sombong, angkuh dan susah menerima pandangan orang lain.

5) Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa dan bersifat terlalu tegas.

6) Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid, memalukan murid di hadapan teman
sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran.

7) Tidak adil dalam pemberian markah ujian dan peperiksaan.

8) Tidak berminat mengenali latar belakang murid.

9) Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.

p/s: Bagaimanakah sikap kita menjadi seorang guru... sejauh manakah keikhlasan kita dalam mendidik pelajar... adakah hanya sekadar untuk mendapat gaji di hujung bulan... sama-sama kita renung2kan... =)


Read more...

Kesabaran Seorang Perempuan Yang Dirasuk

Ata' bin Abi Rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, "Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"

Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"


Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."


Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar."


Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.

Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahwa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.


Read more...

Module Mathematics F4 and F5

Module Mathematics F4 and F5

Simultenous Linear and Equations
Solid Geometry
Circle Area and Perimeter
Quadratic Expression and Equations
Inequalities
Sets
Mathematical Reasoing
The Straight Lines
Statistics
Lines and Plane in 3D
Graphs of Functions
Transformation
Matrices
Gradient and Area Under a Graph
Probability
Plan and Elevation
Earth as a Sphere

Credit to SMK KG GELAM,Melaka


Read more...

Plan-J Sains

Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5


Read more...

Plan-J Matematik

Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5


Read more...

MODUL SAINS TINGKATAN 1,2,3

STINGKATAN 1

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7

TINGKATAN 2

Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17

TINGKATAN 3
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10

Credit to SMK KG GELAM,Melaka


Read more...

Modul PRAKTIS SPM MATEMATIK

Modul PRAKTIS SPM MATEMATIK berikut merupakan latihan intensif sebagai persediaan untuk murid potensi menghadapi Matematik SPM. Kedua-dua Modul Kertas 1 dan 2 berfokus kepada 10 topik yang mudah sahaja.

Modul PRAKTIS SPM MATEMATIK KERTAS 1
1. Praktis 1 dengan jawapan
2. Praktis 2 dengan jawapan
3. Praktis 3 dengan jawapan
4. Praktis 4 dengan jawapan

Modul PRAKTIS SPM MATEMATIK KERTAS 2

1. Praktis 1 dengan Skema 1
2. Praktis 2 dengan Skema 2
3. Praktis 3 dengan Skema 3
4. Praktis 4 dengan Skema 4
5. Praktis 5 dengan Skema 5
6. Praktis 6 dengan Skema 6
7. Praktis 7 dengan Skema 7
8. Praktis 8 dengan Skema 8
9. Praktis 9 dengan Skema 9
10. Praktis 10 dengan Skema 10

Credit to Tay Bee Lian, GC Matematik, SMK Abu Bakar Temerloh


Read more...

MODUL KECEMERLANGAN MATEMATIK SPM

ENHANCE MODULE PAPER 1 (JPN Pahang)

1. Polygons (1)
2. Polygons (2)
3. Transformation I, II (1)
4. Transformation I, II (2)
5. Probability I
6. Linear Equations
7. Algebraic Expressions
8. Statistics I, II
9. Graphs of Functions II
10. Algebraic Fractions
11. Algebraic Formula
12. Indices
13. Linear Inequalities
14. Standard Form
15. Quadratic Expressions
16. Set
17. The Straight Line
18. Circles
19. Trigonometry II
20. Angles of Elevation & Depression
21. Lines & Planes in 3D
22. Number Bases
23. Matrices
24. Variations
25. Bearing
26. Earth as a Sphere

ENHANCE MODULE PAPER 2 (JPN Pahang)

1. Transformation III (1)
2. Transformation III (2)
3. Probability II
4. Volume of Solids
5. Length of Arc and Area of Sector
6. Plan and Elevation
7. Statistics III
8. Graphs of Functions
9. Simultaneous Equations
10. Quadratic Equations
11. Set
12. Mathematical Reasoning
13. The Straight Line
14. Lines & Planes in 3D
15. Region of Inequalities
16. Gradient and Area under Graphs
17. Earth as a Sphere

Credit to JPN Pahang


Read more...

Cerita dari Jepun

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya.

Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu. Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian. Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu. Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??" Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "saya takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."


Read more...

Tuesday, August 9, 2011

MODUL SAINS







Credit to STF



Read more...

MODUL PMR (MAS)

MODULE1 PMRMAS-Directed Numbers

MODULE2 PMRMAS-Fractions

MODULE3 PMRMAS-Decimals

MODULE4 PMRMAS-Linear Equations

MODULE5 PMRMAS-Algebraic Expressions

MODULE6 PMRMAS-Squares,SquareRoots, Cubes and CubeRoots

MODULE7 PMRMAS-Transformation

MODULE8 PMRMAS-Indices


MODULE9 PMRMAS-Statistics

MODULE10 PMRMAS-Geometrical Construction

MODULE11 PMRMAS-Loci In Two Dimension

Credit to SMK Pekan Nenas


Read more...

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SCIENCE PMR












Credit to Cikgu Ismadey Bin Ismail Guru Sains di MRSM Muadzam Shah, Pahang


Read more...

Kaedah Pembelajaran Matematik

Kaedah Pembelajaran Matematik

Credit to wong teck sing


Read more...

Modul Sains (JPN Pahang)

Tingkatan 1

Chapter 1

Chapter 2

Chapter 3

Chapter 4

Chapter 5

Chapter 6

Chapter 7

Tingkatan 2


Chapter 1

Chapter 2

Chapter 3

Chapter 4

Chapter 5

Chapter 6

Chapter 7

Chapter 8

Chapter 9

Chapter 10

Credit to JPN Pahang


Read more...

Modul Matematik PMR (JPN Pahang)

Modul Matematik PMR (JPN Pahang)

Chapter 1 Directed Numbers

Chapter 2 Square, Square Roots, Cubes and Cube Roots

Chapter 3 Linear Equations


Chapter 4 Algebraic Formulae

Chapter 5 Linear Inequalities

Chapter 6 Indices

Chapter 7 Algebraic Expressions

Chapter 8 Statistics

Chapter 9 Solid Geometry

Chapter 10 Scale Drawing


Chapter 11 Trigonometry

Intensive Revision PMR

1. Practice 1

2. Practice 2

3. Practice 3

4. Practice 4

5. Practice 5


Credit to JPN Pahang


Read more...

Modul Matematik PMR Mawar

Modul Matematik PMR Mawar

Modul Matematik PMR Mawar


Read more...

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru


Read more...