Tuesday, March 31, 2009

Ukhwahfillah....






Read more...

KISAH POKOK EPAL - (Untuk renungan bersama)

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak
lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat
pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia
berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagimenghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, akutidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak
remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa
gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa
untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina
rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?"
Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahandahanku
yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan
cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi
dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa
sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya
adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang
dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku
bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong
batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang
pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya
pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang
menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok
epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau
buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu
dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak
mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang
pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"
jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita Ini Sengaja Dipaparkan Untuk Mengajak Kito Berfikir Tentang Pengajaran Di
Sebalik Cerita Tersebut.

Sebenarnya, Pokok Epal Yang Dimaksudkan Di Dalam Cerita Itu Adalah Kedua-Dua Ibu
Bapa Kita. Bila Kita Masih Muda, Kita Suka Bermain Dengan Mereka. Ketika Kita Meningkat Remaja, Kita Perlukan Bantuan Mereka Untuk Meneruskan Hidup. Kita Tinggalkan Mereka, Dan Hanya Kembali Meminta Pertolongan Apabila Kita Di Dalam Kesusahan.

Namun Begitu, Mereka Tetap Menolong Kita Dan Melakukan Apa Sahaja Asalkan Kita Bahagia Dan Gembira Dalam Hidup. Anda Mungkin Terfikir Bahawa Budak Lelaki Itu Bersikap Kejam Terhadap Pokok Epal Itu, Tetapi Fikirkanlah, Itu Hakikatnya Bagaimana Kebanyakan Anak-Anak Masa Kini Melayan Ibu Bapa Mereka. Hargailah Jasa Ibu Bapa Kepada Kita. Jangan Hanya Kita Menghargai Mereka Semasa Menyambut Hari Ibu Dan Hari Bapa Setiap Tahun. Semoga Memberikan Keinsafan Dan Kesedaran Kepada Remaja Kita.


Terima Kasih mak dan abah...


Read more...

Wednesday, March 18, 2009

LAPTOP PROBLEM

Rasanyer laptop anna prob laaa... bile dah connect broadband, pastu tak le bke email, update blog, bke fs, dan sewaktu dengannya... tension den... skunk pinjam laptop abg uda jap... tp nk update blog, tak leh upload picture laa... uhuk...


Read more...

KENDURI KESYUKURAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه

Alhamdulillah sabtu lepas selesai laaa sudah kenduri kesyukuran…. Mak anna buat kenduri kesyukuran sebab bersyukur kerana anak2 dia sume dah abis belaja… suma adik-beradik anna balik… kecuali kak long… sebab abg long tak dapat cuti… al maklum laaa kete baru proton baru kua… MPV…

Nie nak cite ckit ttg adik beradik anna…


kak long...

Nie Kak Long… Nama penuh Mardiana bt Mokhtar… lahir 1.1.1974… masuk tahun baru jer, terus tua… hihihi… jgn mare… skunk kije kat Jabatan Perdana Menteri sebagai Pen. Pegawai sistem maklumat kalo tak silap… huhuhu… erm, skunk nie tgh sambung blaja… pelajar tahun akhir sarjana muda kat UTM… mmg salute arrr kat kak long… walaupun dah kawen, bole dpt first class gitu… pointer 3.80… dlu amik dip jer… di sebabkan adik2 masih blaja lagi, dia tangguhkan blaja… kije… then laaa nie da senang, bru dpt sambung blaja…


kak ngah, abg uda n me...

Kak Ngah… akak yang kedua… Nama di beri Mazlina bt Mokhtar… lahir 16.9.1975… muda setahun dari kak long… Kak Ngah skunk kije sbg guru… kat SK Seri Lalang… dlu maktab kat bp… sambung blaja kat OUM amik course pendidikan maths… sama macam anna… 2 thn lepas graduate…

Abg Uda… Satu2 nya abg yang anna ader… Nama yang kak long n kak ngah bagi, Norhaizat bin Mokhtar… lahir 25.5.1981… blum kawen lagi… ahaks… dlu blaja kat UTM, amik kejuruteraan mekanikal… tapi skunk jadi businessman lak… jauh sungguh dari course yg dia amik dlu… huhuhu…

Lastly, anna laaa… anak yg paling bongsu… manje ke? Anna rase cam tak je… huhuhu… nak cite ape ek? Erm, anna skunk tahun akhir kat UPSI… skunk ngah praktikum… bercita2 nak terus sambung blaja amik Master… insyAllah if ader rezeki… sementara mood nak blaja tue masa ader... huhuhu... tapi pk2 balik kekadang nak kije dlu 3 or 4 thn… ye laaa kan, sape yg nk support blaja… ader ke org yg nk support? Huhuhu… tp tgk cam ne rezeki kat mana… =)


Read more...

RINDU KAT ZIMAH

Semalam besday zimah (17 Mac 2009)… my ex-roomate… roomate yg paling best anna ader… rindu nak dok kolej lagi… uhuk… kongsi2 cite… gossip sama2… solat jemaah sama2… yang penting kita org sekepala… huhuhu… kemana2 pasti berdua… dia muda setahun dari anna…

Sempena hari lahir nie… akak ucapkan semoga panjang umur dan d murahkan rezeki… semoga di limpahi Rahmat sentiasa… Ameen… takde hadiah selain doa je yg dapat di berikan tahun nie… huhuhu

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Read more...

KUTIP REMIS

Nie antara pengalaman yang paling best dok kat melaka laaa nie… huhuhu… mengutip remis… seronok… hepi jer… lagi2 time jumpa remis… cam tak ingat dunia… actually dah 2 kali ktorg cari remis… jom tgk gambar…


sume muke hepi jer...


Remis setelah d masak menggunakan rice cooker... hihihi


Read more...