Sunday, February 22, 2009

Chikungunya

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه

Lama rasa nyer tak update blog nie… berkurun lama nyer… hihihi… malas + bz (bz ker) + tak de wireless cam dok kampus dlu (rindu UPSI) ahaks…

CHIKUNGUNYA??? Huhuhu… macam alergik plak anna dengar perkataan nie… actually penyakit nie heboh di perkatakan akhir tahun lepas 19Disember2008… just nak cite balik jer… sbb aritu anna n family kene… uhuk… cakitt… mula2 sekali abah yang kene…seminggu sebelum anna kene… abah tak pi klinik pn cek… just makan ubat jer… tiba laaa 19Disember2008 (Jumaat)… nak masuk waktu subuh, tiba2 mak ketuk pintu bilik… dia kata dia tak larat sgt2… nak bgn pn ssh… sakit sendi… tapi dengan penuh kekuatan dia tetap bgn utk solat subuh… then pas subuh, anna borak2 ngan mak… anna rasa mak kne chikungunya nie… abah pn mengaduh sakit2 sendi… pastu anna pn p laa pasar bli ketam, konon nyer dengar cite sup ketam elok untuk orang yang kene chikungunya… balik umah, tgh2 siang ketam, tiba2… jeng3… huhuhu… anna tgk tangan anna ader bintik2 merah… tgk badan pun ader… pastu tiba2 sakit sendi2… Tanya ngan mak, mak kata kene campak kot… anna pun rasa ye laaa kot… tapi masa kecik anna pernah da kene campak… pas anna ngadu sakit, abg uda lak cakap sakit sendi… hihihi… satu umah sakit… alhamdulillah anak2 sedara ana yg dok sekali ngan kita org time cuti sekolah tue tak kene… tapi, nasib diorng kurang baik… selepas 3 hari kita org kene, anak buah ana kene plak.. skali 3 org kne… sian tgk diaorg… ye laaa bdk kecik sakit… cam sian plak… kebetulan 22hb tue ana ader kursus plak kat shah alam… sian mak tak de org nk tlg…

Erm, anna ader ckit info mengenai penyakit chikungunya nie… sila laaa bace…
”Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.”

0 comments: