Wednesday, November 26, 2008

Rutin harian…

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Erm, kali nie anna nak cite ckit rutin harian anna sepanjang cuti sem nie… sebulan jer… hihihi… pastu dah kene sambung praktikum kat melaka… kat mana ek… jeng2… kat Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tg. Kling… tak cari lagi umah sewa… bile ek, nak p cari??? Tulun2 ader sape2 tau ader umah sewa kat situ? Huhuhu

K, ape eh anna wat sepanjang cuti nie? Actually anna ske dok umah jer… hobi… msti ader org yg pelik kan? Huhuhu… berjalan2? Ske jg, if ader org nak bawa… kalo jalan sorang2 tak de makne nyer… ahaks…

Cuti sekolah nie, kak long anta anak2 dia kat umah mak… sebab bibi yang dia amik, kne anta balik Indon… sbb ader hepatitis B… disebabkan takut terkena jangkitan, so terpaksa tukar bibi baru… ape tue hepatitis B ek?

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.


Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.


Ui… takut kan… Allah itu Maha Berkuasa… Erm, sambung balik cite… so, di sebabkan anak2 buah anna ader kat umah, kene laaa tulun bonda tercinta kan… bgn subuh jer, biasa laaa kan tunai kewajipan bagi setiap muslim… ngaji, sarapan dan pastu khatamul cite korea… ahaks… then ader laaa bace buku2 ilmiah… then yg penting skali jaga anak2 buah… hihihi

1) umar amin… kne ajar dia sifir… suh dia hafal sampai lancar… cos darjah dua da start blaja multiplication… ni kije yg paling payah… payah sungguh laaa nak pujuk dia hafal sifir… macam2 gaya… hihihi… lastly, dengan menggunakan kepandaian yang ada, berjaya juga akhirnya dia menghafal… setakat nie baru sifir 3… huhu
2) aulia munifa… yang ni tak payah sgt… tapi sokmo kne serve makanan tuk dia… kuat mkn betul anak bauah anna sorang nie… huhuhu
3) midha maliha… yang nie layan dia best ckit… bdk kecik, comel… sokmo kne cium ngan maksu dia… hihihi… gerammmmmm… pastu kene tdo kan dia… nasib baik laaa jenis senang nk tdo… popok2 ckit, dia tdo laaa… huhuhu



si kecik yang comel... gerammmmmmmmm


24 jam kene tgk channel astro ceria, tak pun cartoon network, x pun disney channel... huhuhu

0 comments: