Friday, November 28, 2008

Dr Asri: Isu haram yoga, fatwa jangan kaku

Oleh ZIEMAN

KUALA LUMPUR Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.

Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.


“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.

Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.

Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa ‘yoga’.

“Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.

“Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri.

Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.

“Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.

“Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,” jelas Dr Asri.

Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat Islam melihat alternatif.

Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu) bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.

Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun, beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.

“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.

“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media hari itu.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.

Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.

“Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan,” katanya.

Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

p/s: Bak kata sahabat anna, baik buat tahajjud daripada wat senaman yoga... =) lagi banyak manfaatnya


Read more...

Thursday, November 27, 2008

5 Perkara

click to comment


Read more...

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


"Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!"


Read more...

Wednesday, November 26, 2008

Rutin harian…

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Erm, kali nie anna nak cite ckit rutin harian anna sepanjang cuti sem nie… sebulan jer… hihihi… pastu dah kene sambung praktikum kat melaka… kat mana ek… jeng2… kat Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Tg. Kling… tak cari lagi umah sewa… bile ek, nak p cari??? Tulun2 ader sape2 tau ader umah sewa kat situ? Huhuhu

K, ape eh anna wat sepanjang cuti nie? Actually anna ske dok umah jer… hobi… msti ader org yg pelik kan? Huhuhu… berjalan2? Ske jg, if ader org nak bawa… kalo jalan sorang2 tak de makne nyer… ahaks…

Cuti sekolah nie, kak long anta anak2 dia kat umah mak… sebab bibi yang dia amik, kne anta balik Indon… sbb ader hepatitis B… disebabkan takut terkena jangkitan, so terpaksa tukar bibi baru… ape tue hepatitis B ek?

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.


Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.


Ui… takut kan… Allah itu Maha Berkuasa… Erm, sambung balik cite… so, di sebabkan anak2 buah anna ader kat umah, kene laaa tulun bonda tercinta kan… bgn subuh jer, biasa laaa kan tunai kewajipan bagi setiap muslim… ngaji, sarapan dan pastu khatamul cite korea… ahaks… then ader laaa bace buku2 ilmiah… then yg penting skali jaga anak2 buah… hihihi

1) umar amin… kne ajar dia sifir… suh dia hafal sampai lancar… cos darjah dua da start blaja multiplication… ni kije yg paling payah… payah sungguh laaa nak pujuk dia hafal sifir… macam2 gaya… hihihi… lastly, dengan menggunakan kepandaian yang ada, berjaya juga akhirnya dia menghafal… setakat nie baru sifir 3… huhu
2) aulia munifa… yang ni tak payah sgt… tapi sokmo kne serve makanan tuk dia… kuat mkn betul anak bauah anna sorang nie… huhuhu
3) midha maliha… yang nie layan dia best ckit… bdk kecik, comel… sokmo kne cium ngan maksu dia… hihihi… gerammmmmm… pastu kene tdo kan dia… nasib baik laaa jenis senang nk tdo… popok2 ckit, dia tdo laaa… huhuhu



si kecik yang comel... gerammmmmmmmm


24 jam kene tgk channel astro ceria, tak pun cartoon network, x pun disney channel... huhuhu


Read more...

Sunday, November 23, 2008

CuRahan rAsA hAti....



Duhai teman sejatiku…
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat ku sembunyi
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi…

Duhai teman sejatiku…
Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta…


Read more...

SeDeyh...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Mlm nie anna cm rasa sedeyh ckit… kepada dik su, bkn kak teh tak nak msg arini Tanya khabar… tapi, di sebabkan bonda tersayang, tue yg bz ckit tlg dia… siang tadi, mmg dah terfikir nak msg… tapi tgn nie, tak termsg plak… hanya rasa risau yang membelenggu diri kat adik tersayang… hope mlm nie, blk tak de ape2… jgn ukhwah yg kina bina sebagai adik beradik terputus di hujung jalan… mmg sukar utk membuang perasaan mazmumah, tp tp tp… kim salam kat bonda tersayang… kak teh wakil kpd adik beradik yg lain, minta ampun dan maaf atas kesilapan dan kesalahan yg berlaku… yang baik itu datangnya dari Allah, dan buruk tue, datangnya dari diri kita sendiri…




Wassalam…


Read more...

Tuesday, November 11, 2008

Sekadar Renungan



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه

Anna ader bace satu artikel nie… cite nie adalah untuk iktibar untuk kita semua…

Simbol sebenar orang putih meniup lilin semasa birthday tu ialah... kek tu diibaratkan sebagai dunia.. lilin tu ialah sebagai NUR ISLAM. Dan apabila lilin tu ditiup, maka padamlah NUR ISLAM, dan kek sebagai dunia tu dipotong-potong dan dimakan oleh musuh Islam!! Hmm..hebat tak orang-orang kafir punya style? Yang kita kat sini dok syok ikut style mereka tanpa tahu apa-apa.

Satu lagi... pasal HOLY-WATER mereka tu. Nak tahu tak mana asalnya? Mmm..di dalam gereja besar, once a year ada satu occasion di dalam sebuah special hall yang hanya boleh dimasuki oleh paderi and rahib tertinggi all over the world saje. Di situ mereka boleh berbuat ape saje termasuk berzina. Anak hasil penzinaan mereka itu lah akan dibunuh dan darah bayi tu akan disuling dan hasilnya ialah HOLYWATER!! Mm... takut kan dengar betapa dahsyatnya mereka punya planning?


Read more...

Alhamdulillah...


Testing first posting... hihihi


Read more...